Di dunia ini, ada orang-orang yang diberi kelebihan oleh
Tuhan hingga mempunyai kemampuan supranatural meskipun dia tidak pernah
belajar. Ada pula orang yang diberi kemudahan untuk mempelajari berbagai ilmu
sehingga ia mempunyai banyak kemampuan dalam waktu singkat. Ada juga orang yang
mengalami kepayahan dalam mempelajari ilmu, padahal dia sudah tekun berusaha.
Jika anda termasuk golongan yang terakhir, maka jangan berputus asa dahulu.
Masih banyak jalan untuk membuka pintu keilmuan Anda.
Banyak orang belajar ilmu ghaib selama bertahun-tahun,
tetapi tidak ada hasil yang memuaskan. Kegagalan itu mungkin saja terjadi
kerana ilmu yang dipelajari sudah tidak asli tata-caranya atau mempelajari ilmu
palsu. Banyaknya Ilmu palsu dan ilmu yang tidak asli tradisinya biasanya
terjadi adalah akibat sudah diolah paranormal yang tidak bertanggung jawab.
Jangan mudah percaya kepada orang yang katanya mampu membuka aura, cakra atau hijab ghaib sehingga orang mampu dengan cepat menguasai ilmu ghaib dan mampu masuk alam ghaib. Sesungguhnya hati Anda hanya mampu terbuka oleh usaha Anda sendiri. Orang lain hanya mampu membantu mengarahkan dan memberi tahu caranya.
Jangan mudah percaya kepada orang yang katanya mampu membuka aura, cakra atau hijab ghaib sehingga orang mampu dengan cepat menguasai ilmu ghaib dan mampu masuk alam ghaib. Sesungguhnya hati Anda hanya mampu terbuka oleh usaha Anda sendiri. Orang lain hanya mampu membantu mengarahkan dan memberi tahu caranya.
Sebab kegagalan lainnya adalah ketidaktahuan akan hakikat
ilmu yang dipelajarinya. Orang yang belajar ilmu ghaib seharusnya tahu “dari
mana sumber kekuatan ilmu ghaib dan bagaimana proses atau cara kerja ilmu
ghaib”, atau mungkin dia berguru pada pada paranormal palsu yang ilmunya
pastinya palsu.
Oleh kerana itu saya menyusun “Pembuka Ilmu Ghaib” yang
mengupas dua hal pokok yang seharusnya menjadi pengetahuan awal bagi Anda yang
ingin belajar ilmu ghaib. Pengetahuan ini akan sangat membantu dalam membuka
pintu kekuatan ghaib di tubuh.
Sumber Kemampuan Supranatural
Aliran hikmah dan kebatinan sepakat bahawa sumber kekuatan
ilmu ghaib adalah khodam. Namun kedua aliran tersebut berbeza pendapat mengenai
pengertian khodam. Aliran kebatinan beranggapan bahawa khodam atau prewangan
adalah jenis makhluk tertentu yang memang diciptakan Tuhan untuk membantu
manusia. Menurut fahaman ahli kebatinan, khodam bukanlah jin dan bukanlah
malaikat, melainkan makhluk ghaib khusus yang berfungsi menimbulkan kekuatan
supranatural pada manusia sakti atau benda bertuah.
Sedangkan aliran hikmah yakin bahawa “khodam” sebetulnya
hanyalah jolokan bagi Jin atau Malaikat yang membantu manusia. Pendapat ini
setidaknya bedasarkan dua alasan sebagai berikut: Pertama, Khodam dalam bahasa
Arab bererti pembantu, penjaga atau pengawal yang selalu mengikuti. Dalam bahasa
arab pembantu rumah tangga, pemandu, tukang kebun dan body guard juga boleh
disebut sebagai khodam.
Kedua, Bukankah dalam Al-Quran sudah diterangkan bahwa Allah
hanya menciptakan hambanya dalam tiga bentuk saja, iaitu: Malaikat, Manusia dan
Jin. Kalaupun ada yang istilah “khodam”, maka tidak lain hanyalah nama alias
untuk ketiga jenis makhluk tersebut. Seperti halnya “syaitan”, sebetulnya
bukanlah jenis mahluk, melainkan hanya jolokan bagi jin dan manusia yang suka
berbuat kejahatan. Saya peribadi lebih meyakini pendapat aliran hikmah kerana
mempunyai alasan yang kuat.
Keajaiban yang ditimbulkan oleh ilmu gaib berbeza dengan
mukzijat. Perbezaannya terletak pada prosesnya dan siapa yang menerimanya.
Mukzijat hanya diterima oleh nabi/rasul dan prosesnya tanpa perantara, tidak
ada perantara malaikat/jin yang menyebabkan nabi Musa mampu membelah lautan dan
tongkatnya menjadi ular. Kejadian mukjizat langsung dari perintah Allah “kun fa
yakun!”. Mukjizat tidak boleh dipelajari atau diusahakan oleh manusia, termasuk
nabi. Nabi hanya menerima dan tidak berkuasa menolak kekuasaan Allah.
Sedangkan keajaiban yang ditimbulkan ilmu ghaib sebenarnya
adalah fungsi khodam yang sudah menyatu dengan pemilik ilmu ghaib. Misalnya
orang yang kulitnya kebal senjata tajam, sebetulnya kulitnya diselimuti enegi
ghaib oleh khodam sehingga senjata yang hendak menyentuh kulit terhalang dan
tidak boleh menembusi kulitnya. Proses ini serupa dengan atmosfera bumi yang
ketika ada meteor jatuh maka akan mengalami gesekan hingga meteor terbakar dan
habis, dengan itu mahluk bumi menjadi tenteram dari meteor yang
berjatuhan.
Ilmu Ghaib boleh dipelajari atau diusahakan. Usaha untuk
memperoleh ilmu ghaib boleh dilakukan dengan puasa, wirid mantera, meditasi,
pengisian (bila ada guru) dan lain-lain. Khodam yang akan menjadi ruh ilmu
ghaib pun berbeza-beza tergantung jenis ilmu dan siapa yang mengamalkan ilmu
tersebut. Untuk amalan yang murni bersumberkan dari Al-Quran, IsyaAllah,
khodamnya adalah malaikat. Ilmu Kebatinan, kebanyakan berkhodam Jin muslim atau
jin kafir tergantung siapa yang mengamalkannya dan niat memiliki ilmu tersebut.
Sifat Khodam Ilmu Ghaib
Saya yakin, sebahagian dari anda menjadi takut mempelajari
ilmu ghaib setelah tahu bahawa kekuatannya sebetulnya berasal dari makhluk
ghaib (khodam). Ketahuilah bahawa jin yang menjadi khodam suatu ilmu berbeza
sifatnya dengan jin pengganggu. Khodam adalah jin yang bersifat pasif. Dia
tidak mampu mempengaruhi fikiran anda dan tidak mampu menampakkan diri.
Meskipun khodam selalu mengikuti anda, dia tidak akan
‘mengomen’ apapun tentang tindakan Anda. Khodam juga tidak mampu berkomunikasi
dengan Anda, kecuali Anda menguasai ilmu untuk berkomunikasi dengan khodam.
Jadi intinya, meskipun ratusan khodam mengikuti Anda, Anda tetaplah diri Anda
yang merdeka, boleh melakukan apa saja sesuka hati. Anda tidak perlu takut
dengan khodam karena khodam sepenuhnya hanya akan membantu Anda tanpa minta
imbuhan dan tidak mengganggu.
Mengapa harus puasa dan baca mantera?
Hakikat puasa dalam ilmu gaib adalah untuk mempermudah
penyatuan khodam dengan pemilik ilmu. Bukan bererti tanpa puasa ilmu tidak
boleh dikuasai. Jika ada guru sakti yang bersedia mengisi Anda, maka Anda
langsung mampu memiliki ilmu tanpa melalui proses puasa/ritual. Kekuatan hasil
pengisian tergantung seberapa besar kesaktian guru yang mengisi Anda. Sedangkan
jika Anda puasa/ritual sendiri, maka kekuatan yang dihasilkan tergantung
penghayatan dan kesungguhan Anda dalam menjalani puasa/ritual.
Mantera adalah medium untuk memanggil khodam. Saat Anda membaca
mantera, beberapa khodam yang sifatnya sama dengan mantera yang Anda baca
langsung datang mengelilingi Anda. Khodam-khodam itu tidak mampu langsung
bersatu dengan tubuh Anda kerana berlainan sifat penyusunan tubuh. Jin terbuat
dari api (panas) dan Anda terbuat dari tanah (neutral), maka agar mempermudah
penyatuan khodam dengan diri Anda anda harus mengosongkan perut hingga tubuh
Anda lemah dan terasa panas.
Lemahnya tubuh Anda saat berpuasa juga mempermudah penyatuan
khodam. Logiknya, tubuh lemah adalah kerana kekurangan energi, maka ada
kesempatan bagi khodam untuk mengisi kekurangan energi di tubuh Anda.
Ilmu yang sudah ada pada diri Anda boleh bertambah kuat dan
boleh jadi juga sebaliknya, bergantung kerajinan Anda dalam merawat ilmu
tersebut. Merawat ilmu sama ertinya dengan menjaga hubungan antara khodam dan
Anda. Semakin kuat ikatan antara Anda dan khodam, kekuatan ilmu Anda semakin
kuat. Cara merawat suatu ilmu adalah dengan membaca manteranya rutin pada waktu
yang ditentukan. Semakin khusyuk dan banyak wirid mantera maka semakin besar
pula kekuatan ilmu Anda.
Cara Membuka Pintu Ilmu Ghaib
Jika Anda termasuk orang yang sering gagal dalam mempelajari
ilmu ghaib atau tidak menemui guru sakti yang bersedia mengisikan ilmu ke tubuh
Anda, maka lakukanlah cara berikut ini. Semoga dengan cara yang saya berikan,
Anda akan mudah menguasai ilmu ghaib meskipun Anda hanya belajar dari buku.
Amalan membuka ilmu ghaib, disebut juga amalan untuk ketajaman mata hati.
Cara ini sesuai bagi yang mengamalkan aliran Hikmah
Selama 40 hari, setiap selesai solat, terutama maghrib dan
subuh atau ketika Anda selesai solat malam (tahajud), lakukanlah wirid berikut
ini.
Membaca Surat Al-Fatihah x 7 ditujukan kepada Nabi Muhammad
SAW.
Membaca Surat Al-Fatihah x 7 ditujukan kepada Wali Ghauts
hadzaz-zamani.
Membaca Ya Sayyidi Ya Rasulullah selama 30 minit dengan
khusyuk.
Jika Anda punya waktu, maka Membaca kalimah toyyibah “la
ilaha illallah” 3000 kali atau semampunya.
Dengan amalan ini, hati akan terang, pintu ilmu ghaib akan
terbuka, sehingga Anda akan mudah dalam menguasai bermacam-macam ilmu ghaib.
+ komentar + 1 komentar
Qobiltu ijin mengamalkan agar jadi ilmu bermanfaat dunia dan aqherat
Posting Komentar